Friday 20 May 2011

Profil Syarikat


Pendahuluan

Perniagaan ini diusahakan untuk menjalan kerja-kerja baikpulih komputer dan membekalkan komputer yang menawarkan perkhidmatan kepada pihak kerajaan, swasta dan orang perseorangan dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada.

Ingin mempertingkatkan dan memperkembangkan Perniagaan yang dikendalikan oleh Warga OKU, bagi turut serta membangunkan teknologi maklumat dan IT dengan memasarkan dan membaik pulih komputer serta peralatan, menyediakan perkhidmatan berkaitan yang mana ianya semakin diperlukan di zaman semakin maju ini.

Dengan memajukan perniagaan ini dan pendapatan yang diperolehi, sekurang-kurangnya pergantungan kepada bantuan akan dapat di minimumkan kelak sebagai satu usaha untuk berdikari.

Harapan untuk melihat perniagaan ini berkembang maju perlu diberi kerjasama dan peluang projek agar ianya dapat terus hidup dan beroperasi bagi menjadi asas pencarian yang mempunyai peluang dalam menghadapi persaingan yang lebih agresif dari perniagaan-perniagaan lain dari Warga bukan OKU.



Misi syarikat
Mengembangkan perniagaan di samping memberikan perkhidmatan dan produk yang sebaik dan semampu boleh agar dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.



Objektif
Dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan, secara tak langsung akan dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk dan menggunakan perkhidmatan dari kami. Dengan itu, nama syarikat akan menjadi lebih dikenali ramai.
 
Secara tak langsung memudahkan syarikat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan-pelanggan baru dan pelanggan ulang. Oleh yang demikian, syarikat akan dapat mengembangkan lagi perniagaan dan juga mendapat keuntungan dari usaha ini sebagai satu usaha dari peniaga Warga OKU.


Profile Produk
 
Memasarkan barangan berasaskan Teknologi Komputer serta Perkakasan. Juga menyediakan perkhidmatan membaikpulih Komputer dan Peralatan.

Antara produk yang kami pasarkan ialah ;


1. Komputer ~ Dari berbagai Jenama

2. Monitor

3. LCD

4. Printer

5. Scanner

6. Keyboard

7. Mouse

8. Kertas

9. Ink Printer

10. Toner Printer

11. Speaker


Dan lain-lain perkakas berkaitan




Aspek Pasaran
Sasaran pasaran kami adalah bersifat terbuka. Namun saingan yang kuat dari peniaga bukan Warga OKU menyebabkan tidak dapat di nafikan ianya mempengaruhi saingan perniagaan.

Kami memasarkan produk-produk dan perkhidmatan kami melalui pelbagai cara, antaranya ialah melalui internet. Kami memasarkan melalui laman web, iklan di akhbar, pamplet, flyers dan sebagainya.


Perkhidmatan


1. Membekalkan Komputer dan Peralatan

2. Perkhidmatan baikpulih
3. Menyediakan Kursus Komputer
4. Sewaan Komputer dan Peralatan
5. Multimedia dan berkaitan



Alamat Perniagaan Beroperasi


B-00-12 (K), PPR Laksamana, Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur.

 

Telefon - 012 5550546 / 019 2235345

E-mail - omar02_abdul_aziz@yahoo.com.my 




Lokasi Premis Perniagaan










Kakitangan Syarikat


Pengurus
Omar bin Abdul Aziz






JuruTektik
Muhammad Saifunnasrullah bin Omar


Pegawai Pentadbiran dan Perhubungan
Hasmiza binti Mad Shahar












PENUTUP

Perniagaan ini tiada kekuatan untuk bersaing kerana keadaan pemiliknya yang mengidapi Muscular Dystrophy yang mana memerlukan sokongan dan galakan.  Jika perniagaan ini terpaksa merebut TENDER seperti INSAN SEMPURNA tiada maknanya istilah OKU itu di slogankan.

Terima Kasih





Salinan-salinan dokumen pengesahan

Pengesahan Medicalboard dengan pencen RM 190.00 sebulan


Pengesahan Menjadi Tenaga Pengajar Komputer di Jabatan Peguam Negara
Sijil ketika belajar dahulu

Ketika Menghadiri Kursus Perniagaan sewaktu boleh berjalan
Sijil Daftar Perniagaan









  ___